PORTFOLIO


PORTFOLIO BIRO KRT

BIRO KEBAJIKAN
Skop Portfolio
  • Memastikan kebajikan penghuni-penghuni kawasan kejiranan mendapat perhatian sewajarnya dari pihak-pihak berkenaan.
  • Mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan terutama status ibu tunggal, anak yatim, warga tua dan seterusnya mencari jalan penyelesaian dan cadangan untuk sebarang masalah berkaitan kebajikan penghuni seperti berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi masyarakat Muslim dan bukan muslim) dan Baitumal (bagi masyarakat Muslim).
  • Menyediakan carta statistik yang sentiasa dikemaskini bagi maklumat-maklumat di atas untuk memudahkan pemantuan Biro Kebajikan dan KRT.
  • Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah kebajikan yang kemudian memanjangkannya dalam Mesyuarat Bulanan KRT.


BIRO KEBERSIHAN
Skop Portfolio
  • Memastikan kebersihan bukan sahaja terhadap dewan KRT dan persekitarannya tetapi juga kawasan seluruh kejiranan. Biro Kebersihan perlu mendapatkan kerjasama daripada penduduk setempat atau memaklumkan bahawa  isu kebersihan ini perlu ditangani secara bersama. Jika perlu satu notis peringatan kepada penduduk dipaparkan di kawasan yang strategik.
  • Memastikan kebersihan dikekalkan semula seperti sediakala selepas apa-apa program dijalankan terutama di dewan KRT/Tabika Perpaduan.
  • Menyusun program-program kebersihan seperti mengadakan Gotong Royong Perdana serta bekerjasama dengan COMBI dalam aspek kebersihan khususnya menangani masalah pembiakan Denggi.
  • Memastikan ada slot kebersihan dalam taqwim tahunan KRT.
  • Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah kebersihan yang kemudian memanjangkannya dalam Mesyuarat Bulanan KRT.


BIRO KESELAMATAN
Skop Portfolio
  • Mewujudkan sistem keselamatan di kawasan kejiranan dan memastikan ia berjalan lancar.
  • Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan NGO yang fokus kepada hal-hal berkaitan keselamatan seperti Polis, Bomba, SRS dan RELA.
  • Mengadakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk memberi kesedaran terhadap keselamatan seperti mengadakan pameran dan ceramah keselamatan.
  • Memastikan ada slot keselamatan dalam taqwim tahunan KRT sama ada sebagai slot utama atau slot selingan.
  • Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah keselamatan yang kemudian memanjangkannya dalam Mesyuarat Bulanan KRT.


BIRO AGAMA
Skop Portfolio
  • Menyusun program-program keagamaan seperti ceramah atau forum Islam serta mengadakan sambutan keagamaan seperti maulidur Rasul, israk mikraj, sambutan ramadhan dan sebagainya.
  • Memastikan ada slot keagamaan dalam taqwim tahunan KRT.
  • Bekerjasama dengan lain-lain kaum/agama untuk memastikan ada perpaduan dalam keadaan yang dibolehkan dan tidak menunjukan sistem monopoli agama dalam perpaduan KRT.
  • Bekerjasama dengan Biro Sosial dan Kebudayaan demi memastikan apa-apa aktiviti yang dijalankan Biro berkenaan tidak lari dari landasan yang ditetapkan agama.
  • Memastikan aspek agama dan kepentingannya tidak diabaikan oleh seluruh warga KRT dan memastikan juga kesinambungan perpaduan itu dapat dikekalkan melalui peranan agama itu sendiri.


BIRO SOSIAL
Skop Portfolio

  • Menangani masalah sosial seperti budaya lepak, mat rempit dan sebagainya.
  • Menyediakan satu aktiviti khas untuk 
  • Memastikan ada slot khas untuk Biro Kebudayaan dalam taqwim tahunan KRT.


BIRO KEBUDAYAAN
Skop Portfolio
  • Menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti sosial dan kebudayaan serta memastikan ia memberi impak positif dalam KRT khasnya dan seluruh penghuni kawasan kejiranan amnya.
  • Memastikan Biro Sosial sentiasa bekerjasama dengan Biro Kebudayaan agar ia dapat menjalin ikatan perpaduan antara pelbagai kaum di kawasan kejiranan.
  • Memastikan ada slot khas untuk Biro Sosial dalam taqwim tahunan KRT.


BIRO PENDIDIKAN
Skop Portfolio
  • Merancang serta menyusun aktiviti-aktiviti pendidikan seperti mengadakan ceramah, motivasi, kem pendidikan pelajar dan seumpamanya.
  • Mengadakan klinik SPM, PMR dan UPSR khas untuk pelajar-pelajar yang terbabit dalam peperiksaan.
  • Memastikan ada slot pendidikan dalam taqwim tahunan KRT.


BIRO PEMBANGUNAN
Skop Portfolio
  • Memastikan prasarana kawasan persekitaran tidak ketinggalan dari segi kemudahan asas kepada kemudahan tambahan serta memastikan juga prasarana yang sedia ada dapat dikendali dengan baik dan berfungsi seperti sepatutnya.
  • Mencari peluang-peluang yang boleh meningkatkan sosio-ekonomi penghuni.
  • Bekerjasama dengan lain-lain Biro demi perlaksanaan pembangunan fizik, ekonomi dan sosio budaya.
  • Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah pembangunan yang kemudian memanjangkannya dalam Mesyuarat Bulanan KRT.


BIRO SUKAN DAN REKREASI
Skop Portfolio
  • Merancang aktiviti berkaitan sukan dan rekreasi sama ada yang melibatkan hanya penghuni-penghuni Rumah Pangsa Senawang 2 atau melibatkan penghuni-penghuni Rumah Pangsa senawang 2 dengan penghuni-penghuni taman perumahan lain atau dengan mana-mana jabatan kerajaan atau swasta atau badan NGO lainnya.
  • Mengkoordinasi aktiviti sukan ourdoor game seperti bolasepak dan hoki atau indoor game seperti futsall dan bowling.
  • Mendapatkan peluang untuk penghuni-penghuni Rumah Pangsa Senawang 2 menonton perlawanan pelbagai jenis sukan seperti bolasepak dan badminton atau mengadakan rombongan khas untuk menyaksikan acara-acara sukan peringkat Negeri atau Kebangsaan.
  • Menganjurkan kem rekreasi atau bekerjasama dengan lain-lain agensi atau menyertai kem rekreasi dari agensi lain sebagai salah satu slot riadah kepada penghuni-penghuni Rumah Pangsa Senawang 2.
  • Memastikan ada slot sukan dan rekreasi dalam taqwim tahunan KRT.


BIRO AUDIO VISUAL
Skop Portfolio
  • Memastikan segala aktiviti yang dijalankan didokumenkan dalam bentuk gambar-gambar untuk tujuan rujukan dan penghantaran laporan ke jabatan.
  • Memastikan peralatan dan keperluan untuk pengambaran dalam keadaan sedia guna seperti kamera, kad memori dan bateri. Memaklumkan kepada pengerusi jika berlaku kerosakan, kehilangan atau sebarang keperluan tambahan.
  • Bekerjasama dengan setiausaha dalam memilih gambar-gambar untuk laporan aktiviti bergambar kepada jabatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...