Saturday, October 10, 2020

MESYUARAT AJK KALI PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA AJK berlangsung pada 10/10/2020 jam 09:00 malam di Dewan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.  Mesyuarat antara lain membincangkan tentang pelantikan pengerusi beberapa biro seperti Biro Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Wargamas, Biro IT, Biro sukan dan reakreasi dan SRS.








Monday, September 14, 2020

Mesyuarat Penyusunan Semula AJK KRT sesi 2020-2021

Alhamdullillah KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 akhirnya berjaya melakukan mesyuarat penyusunan semula barisan AJKnya. Mesyuarat turut dihadiri oleh penolong pegawai perpaduan daerah iaitu Pn Sanchia Mary. Mesyuarat yang telah beberapa kali tertangguh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakan berjaya diadakan pada 13 september, 2020 jam 09:00 malam di dewan KRT. Kehadiran mesyuarat cukup mencukupi korum. 

Unruk maklumat penuh AJK baru sila klik link berikut : http://krtrps2.blogspot.com/p/organisasi.html

Sunday, July 15, 2018

SEKITAR MAJLIS RUMAH TERBUKA KRT RUMAH PANGSA FASA II SENAWANG

KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa II, Senawang berjaya menganjurkan majlis rumah terbuka aidilfitri pada 15/7/2018. Turut hadir pegawai dari Pejabat Perpaduan serta AADK Seremban. Kaum China dan India turut terlibat dan sama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut. Pada majlis itu juga, Pengerusi KRT En. Yuzi bermurah hati memberikan kanak-kanak duit raya melalui peruntukan KRT.







Tuesday, October 18, 2011

SELAMAT DATANG TPM DAN MB

KUNJUNGAN TPM DAN MB NEGERI SEMBILAN ke Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah membuka lembaran baru dalam kehidupan setiap penghuninya. Siapa sangka harapan sekadar menjemput Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan untuk meninjau nasib penghuni-penghuni Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bertukar menjadi aspirasi yang di luar dugaan apabila jemputan tersebut turut disambut oleh orang penting no 2 di Malaysia iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin.  TPM dan MB turut sama membawa beberapa orang barisan exco Negeri. Tentu sekali ini merupakan keterujaan yang amat sangat bagi penduduk-penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 kerana gerombolan orang-orang penting terdiri dari VIP dan VVIP mentsunamikan sekitar kawasan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 pada 15hb Oktober, 2011.


Pada lawatan tersebut, TPM juga sempat menyempurnakan perasmian Surau Infitah Al-Khairiah sambil disaksikan oleh MB Negeri Sembilan. Ini merupakan satu kebanggaan buat ahli kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 kerana buat julung-julung kalinya di Negeri Sembilan, Surau Infitah Al-Khairiah merupakan satu-satunya surau yang dirasmikan oleh orang penting no. 2 di Malaysia itu.

Satu lagi berita yang menggembirakan seluruh penghuni Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ialah apabila TPM mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk kos pembaikpulihan Rumah Pangsa serta kos-kos berkaitan.
Yang berbaju merah putih ni wakil dari PPPKMNS (Persatuan Penjaja N.Sembilan) yang diketuai oleh Datuk Hj. Zainol Ishak (tidak kelihatan).



Kelihatan beberapa orang kuat KRT dan Jabatan Perpaduan bersama bekas SU Politik MB Negeri Sembilan, Dato' Firdaus.

Gabungan KRT, PPPKMNS dan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan RPSF2.


Papan Tanda gergasi meraikan kedatangan TPM ke Rumah Pangsa Senawang Fasa 2

Saturday, September 24, 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI anjuran bersama KRT dan Surau Infitah Al-Khairiah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 berjaya dijalankan pada 18hb Sept, 2011. Kehadiran jemaah kariah dari sekitaran Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan taman-taman perumahan berdekatan serta kehadiran beberapa pegawai dari Jabatan Perpaduan turut memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut. Majlis rumah terbuka aidilfitri ini merupakan aktiviti wajib dalam taqwim tahunan KRT dan juga Surau Infitah Al-Khairiah.










Sunday, March 13, 2011

LAPORAN AKTIVITI - LAWATAN KE PUSAT SAINS 20HB FEB, 2011

Sebahagian gambar-gambar aktiviti ke Pusat Sains. Sila skrool untuk lain-lain gambar. Kami tidak dapat menaik turun kesemua koleksi gambar yang banyak untuk menjimatkan bandwith blog. Harap maklum. Untuk gambar-gambar yang lain boleh berjumpa dengan pengerusi KRT jika anda bermaksud untuk mencetaknya. Terima kasih.

















dicatat oleh Tajol Ariffin Hasan (Biro Buletin KRT)

Thursday, March 10, 2011

PERARAKAN MAULIDUR RASUL DAN CERAMAH

Tanggal 19hb Feb, 2011 bersamaan 16 Rabiulawal 1432H; alhamdulillah satu majlis sambutan Maulidur Rasul telah berjaya dianjurkan bersama oleh Surau Infitah Al-Khairiah bersama KRT. Perarakan Maulidur Rasul ini turut disertai oleh UMNO Cawanganan RPSF2, Badan Kebajikan RPSF2 dan RELA RPSF2. Majlis bermula seawal pagi lagi dengan gotong royong membersih kawasan surau dan para wanitanya membuat persiapan persediaan jamuan.

Selepas sahaja solat asar berjemaah yang diketuai oleh imam 2, Ustaz Mohd Awal Mangsor; perarakan sambil diiringi kira-kira 100 orang penduduk terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak serta sepanduk Maudidur Rasul, orang ramai berarak mengelilingi kawasan flat bermula dari blok A, F, D, E, C dan B. Alhamdulillah, cuaca yang pada mulanya mendung bertukar cerah sebaik perarakan bermula.

Selepas selesai perarakan, orang ramai dihiburkan dengan persembahan nasyid dari Tunas Jiran dan Jiran Wanita. Kemudian orang ramai dijamukan dengan kuih-muih, cendol dan bubur kacang. Majlis berehat seketika sebelum bersambung pada sebelah malam iaitu sesi mendengar ceramah Maulidur Rasul yang bermula sebaik selesai solat maghrib berjemaah dan disampaikan oleh Ustaz Mohd Daniel Ibrahim.




Gambar 1




Gambar 2




Gambar 3




Gambar 4




Gambar 5




Gambar 6




Gambar 7




Gambar 8




Gambar 9



Gambar 10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...